Asal nama Bandar_Baru_Bangi

Versi 1 :'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi.

Versi 2 :Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ.

Versi 3:Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah.

Lihat juga Sejarah Bangi